Sebuah Institusi Pendidikan Swasta yang telah mula beroperasi sejak tahun 2012 yang diasaskan oleh Al-Fadhil Ustaz Dr. Ridhuan Mohd Nor merangkap pengerusi Kompleks Pendidikan Annur.
Kompleks Pendidikan ini membawa misi "Melahirkan Generasi Huffaz Rabbani yang mahir al-Quran" selaras dengan gagasan pengasasnya "Melakar Masa Depan Melalui Pendidikan"
Kompleks ini menjalankan operasi bermula di Tahfiz Annur Setiu, Kg. Desa Jaya, Sungai Tong, Setiu, Terengganu dan akan memulakan operasinya di cawangan Besut bermula Februari 2018.
▶ Kenapa Kompleks Pendidikan Annur ❓
✅ Menggabungkan antara dua sistem aliran bersifat tradisional (turath) dengan aliran moden (mua'soroh) yang bersifat Ilmiah.
✅ Melahirkan Huffaz yang bersifat Rabbani serta mahir dalam bidang ilmu-ilmu al-Quran.
✅ Sebagai barisan pelapis pemimpin dan pendakwah pada masa hadapan dari kalangan generasi Huffaz yang diharapkan ummah.
▶ Keistimewaan Kompleks Pendidikan Annur (Setiu/Besut)
✅ Menggunakan 3 Kurikulum utama :
● Pengajian Al-Quran (Tahsin + Tajwid + Tadabbur)
● Pengajian Kitab Turath (Fardhu Ain)
● Pengajian Bahasa Arab
(Tatabahasa + Komunikasi)
Tambahan:-
● Pendidikan Kemasyarakatan melalui Aktiviti-Aktiviti Ko-Kurikulum
✅Tenaga pengajar dari kalangan yang mempunyai kelulusan dan pengiktirafan daripada institusi pendidikan Islam Dan Tahfiz Al-Quran dalam dan luar Negara.
✅ Penekanan terhadap disiplin dan pembinaan Syaksiyah (Jati diri) berteraskan Ta'liim, Tazkiyyah dan Ta'diib.
✅ Berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
✅ Modul membina potensi jati diri yang baik.
✅ Yuran pengajian dan kos Sara hidup yang berpatutan.
▶ Syarat Kelayakan
✅ Lelaki.
✅ Terbuka kepada rakyat Warganegara Malaysia.
✅ Berumur 12 hingga 15 Tahun (umur minima lepasan UPSR 2017)
✅ Pencapaian dalam UPSR 3A 2B adalah diutamakan serta syarat tambahan Lulus dengan baik dalam penilaian al-Quran & Fardhu Ain (PAFA).
✅ atau sudah mempunyai pengalaman menghafaz Al-Quran sekiranya tidak mempunyai UPSR.
✅ Berminat dalam bidang Tahfiz dan Pengajian Islam.
✅ Mampu membaca al-Quran dan menguasai ilmu tajwid asas dengan baik
✅Calon yang layak akan ditemuduga secara lisan dan untuk mencari calon yang terbaik bagi mengisi kekosongan kuota pelajar. (Terhad 60 orang sahaja).
Borang akan mula dikeluarkan bermula 7 Januari 2018.
📞 Maklumat lanjut (hubungi)
Ustaz Mahmud Jamaludin,
Mudir,
Tahfiz Annur Setiu
Tel : 013-2041392
Sila tularkan kepada yang berminat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan